Selamat Datang | |||||||||
![]() | |||||||||
| Pengenalan
Sila Lihat Video Ini Untuk Lebih Memahami, Apa Itu E-Qari?Sila klik disini bagi melihat beberapa contoh VIDEO PENERANGAN
Fokus utama E-Qari ialah menolong golongan bekerjaya yang tiada masa dan tidak selesa menghadiri kelas-kelas pengajian untuk tetap dapat belajar Al-Quran. Sesetengah kes menunjukkan golongan ini pada zaman sekolah dulu boleh membaca Al-Quran tetapi pengabaian terhadap Al-Quran seperti tidak membacanya bertahun-tahun menyebabkannya hilang dari diri mereka dan apabila sudah insaf mereka sudah terlambat. Bagi mereka ini untuk kembali belajar Al-Quran di usia yang lanjut amat memeritkan tambahan lagi terpaksa belajar di dalam kelas-kelas yang sudah pasti ramai bilangan pelajarnya.
Fokus kedua E-Qari ialah memberikan peluang kepada ibubapa yang pandai quran untuk mengajar anak-anak mereka Al-Quran sendiri, tanpa perlu menghantarnya ke kelas-kelas pengajian. Rata-rata ibubapa pada hari ini boleh mengajar sendiri anak-anak mereka subjek-subjek seperti Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan lain-lain lagi dengan baik sekali kerana terdapat banyak rujukan tambahan yang mereka boleh dapati di pasaran sekarang tetapi ibubapa ini menghadapi masalah untuk mengajar anak-anak mereka Al-Quran kerana kekurangan bahan dan sumber rujukan yang dapat membantu mereka. Dengan berpandukan modul E-Qari, kini ibubapa tidak lagi akan menghadapi masalah tersebut, InsyaALLAH.
Banyak kelebihan yang diperolehi dengan membaca Al-Quran, di dalam hadith Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah baca Al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk mensyafaati di atas pihak pembacanya. Hadis yang lain pula berbunyi daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air', seorang sahabat bertanya, bagaimana menghapuskan karat tersebut ? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.
Jadi amat rugi sekali di kalangan umat Islam pada hari ini yang masih belum dapat membaca Al-Quran, sementara kita diberi kesempatan dan peluang untuk mempelajarinya, sama-samalah kita mempelajarinya semoga dengan sedikit usaha dan tawakkal kita akan dapat membaca Al-Quran kelak. Marilah kita lahirkan generasi yang cintakan Al-Quran bermula dari sekarang. ![]() | ||||||||
| Copyright 2011©E-Qari. All Rights Reserved | |||||||||